Kerjaya Nurul Fariha Onn

Selepas menamatkan pelajarannya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam jurusan penyiaran,[1][2] Fariha memulakan kerjaya di TV3 sebagai wartawan penyiaran untuk rancangan Medik TV, kemudian diserapkan pula dalam rancangan Bersamamu di mana beliau berurusan dengan insan kurang bernasib baik.[1] Pada tahun 2006, beliau diberi tugasan yang lebih besar dan mencabar apabila ditukarkan pula ke Majalah 3 yang ketika itu dihoskan oleh Rozie Pak Wan Chik, beliau sejak itu berkhidmat sebagai penerbit. Sejak 2012, beliau menjadi salah seorang pengacara rancangan Malaysia Hari Ini.[1]